Thursday, July 5, 2007

Dialog Bersama Puru

Situasi : Lepas prep malam sebelum lights off kat depan Dining Hall menghadap padang. Puru dah kantoikan buat order nasi dan tokey-tokey nasi dari semua house kena panggil menghadap

Puru : Ini mengapa kamu buat order nasi tanpa kebenaran

Tokey Nasi : Budak-budak lapar masa extension prep cikgu

Puru : Mana boleh kamu buat order tanpa kebenaran

Tokey Nasi : Habis tu cikgu nasi dah order tak kan nakpulang balik duit kat budak budak. Siapa yang nak bayar nasi yang dah order tu?

Puru : Tak apa lah saya bagi peluang akhir tapi lepas makan terus masuk katil

Tokey Nasi : Tapi cikgu kita perlukan sekurang-kurangnya satu jam untuk hadam nasi tu sebelum tido (dengan muka yang serious)

Puru : Betul jugak apa kamu cakap. Baik lah selepas sejam makan kamu semua masuk katil.

Tokey Tokey Nasi : (Gelak tapi cover line hehehehe)

Sekian... Yang tokey-tokey tak kena apa-apa, semua yang order pun dapat nasi malam tu

:: Honque D93 ::

No comments: