Wednesday, July 4, 2007

Mengimbau Kenangan - Jatuh Lift

Macam yang korang semua tau, roman column kat Overfloor tu memang jadi tempat shortcut untuk turun ke bawah dan naik without using stairs and almost everyone panggil benda alah tu lift. Nak naik and turun lift ni ada skill tertentu tak leh nak main redah je. Tapi banyak-banyak budak batch kita yang turun naik lift tu, cuma ada sorang je yg pernah jatuh tergelebak ke bawah dari tingkat atas Overfloor tu. Sapa dia? Orangnya adalah sedara Noque.

Kejadian ni jadi masa Ramadhan 1993, masa tu budak budak batch kita semua tengah sibuk nak bikin panjut untuk celebrate Ramadhan. Masa tu bikin panjut tu kat bawah Big Tree kat area memorial Queen E tuh. Noque dan rakan-rakan (aku tak ingat sapa) masa tu tgh kirik kat 7, kira dah habis kirik nak join lah tolong-tolong apa yang patut. Masa tu kat tangan dia ada geometry set. Tengah-tengah nak turun lift tu geometry set tu boleh terlepas pulak and Noque dengan selamba lepas dua-dua tangan dia pasal nak selamatkan geometry set tuh (bukan nak selamatkan diri sendiri hehehe) Kalau dah lepas dua-dua tangan alamatnya gedebak jatuh ke bawah lah. Yang best time lepas jatuh tu Noque dgn sengih-sengih boleh tanya, kalau berdarah kat kaki boleh bukak puasa tak? Nasib baik lah berdarah je tak jadi apa-apa lebih dari tu, kalau tak memang lagi teruk la batch kita kena dengan gedebe ke sapa ke. Walaupun dgn tragedi jatuh lift ni, Noque takde apa-apa and panjut tu pun berjaya disiapkan dgn jayanya. Sekian

Oh ya by the way sapa tau Noque ada kat mana sekarang? Last aku dengar Nicko ada jumpa dia kat Taiping.

:: Honque D93 ::

2 comments:

MCKK 8993 said...

Aku rasa kalau pasal Noque ni lagi femes pasal bawak bas.

But that's a different story. Hanya Potex, Latoque & Noque saja kot tau version yg sebenarnya.

Honque said...

citer pasal bas ni kena mintak first hand account dari bob ke sapa ke yang terlibat